Thursday, May 8, 2014

Perjalanan ke HKL.

Cam nak nangis nak datang melawat hubby kat hkl. First time hubby warded kat sini.

Keluar rumah tadi pukul 9. Mulanya tak tau nak parking kat mana. Tapi ada kawan bagitau boleh parking kat parking awam berdekatan dengan kuil. Gamble je cari parking tu. Alhamdulillah jumpa. Dari situ boleh naik shuttke van kalau ada. Kalau tak ada kena naik teksi. Memang tak tahu langsung tentang hkl ni. Dengan sesaknya. Dengan parking yang sentiasa penuh. Nak parking kat tepi jalan pun tak boleh sesuka hati. Nasib la ada kawan yang tahu. Terima kasih la sesangat.

Mulanya pikir nak parking kat tempat parking berbayar ijn tu. Lepas tu nak naik teksi ke sini. Masak jugak la kalau parking berbayar tu. Satu jam rm2. Kalau 5 jam dah berapa. Dengan duit teksi lagi kan.

Bagus jugak la hkl sediakan shuttle van tu. Dah namanya pun van kan. Bilangan penumpang agak terhad la. Tapi ok la dari tak de langsung. Tapi lama jugak kalau nak harap kat shuttle tu. Rasanya cam ada satu je shuttle tu. Pastu dia kena round satu hkl.

Sampai hkl pukul 10.30am. Lif nak naik ke wad hanya satu yang berfungsi.  Tu la lif untuk patient. Tu la lif untuk pelawat. Kalau lif tu penuh kena la tunggu lagi berjam jam.

Kejap lagi kena pikir cara nak balik pulak. Harapnya dipermudahkan la. Pengalaman dan pelajaran baru untuk saya. Susahnya sebuah kehidupan tu kan.

3 comments:

  1. noe kalau pegi sana pun mau sesat larat...parking ntah mana2...biasa hubby je yg drive klu ke sana...moga semuanya dipermudahkan utk ana...

    ReplyDelete
  2. Ana sedang diberi ujian oleh Allah. Sabarlah dik..
    Setiap apa yg terjadi pasti ada jalan penyelesaiannya.
    Moga dipermudahkan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.